Aku sepatutnya berada di sini bersama-sama dia. Dialah yang menyarankan aku memilih universiti yang ini. Katanya, tempat ini penuh nilai keagamaan dan penghuninya baik-baik belaka. Universiti ini telah melahirkan ramai cerdik pandai dan para ulama. Dia sungguh-sungguh mahu aku belajar di sini dengan harapan aku menjadi orang suci yang mengerti makna cinta hakiki. Aku menurut kata tanpa sedikit pun membantah. Ah! Demi cinta mana mungkin aku membantah. Sudah terbayang-bayang di dalam kepala aku akan manisnya pengalaman menimba ilmu bersama-sama dia. Betapa aku tidak akan keseorangan di kota besar kerana dia pastinya akan tetap di sisi. Betapa dia akan mengajar aku pelajaran-pelajaran yang memusykilkan hingga aku berjaya sepertimana peperiksaan tingkatan lima yang lepas.
Tapi tidak tersangkakan dia mungkir janji. Dia langsung tidak memohon untuk ke sini. Dia langsung tidak menyimpan cita-cita untuk bersama-sama menemani aku di kampus biru ini. Hatiku berteriak garang. Dia perempuan curang!
"Woi Zam, kau dah sampai ke planet mana? Orang sibuk berlatih, dia sibuk berangan." Aiman sengaja menjerit di depan muka aku sambil menolak perlahan pipi aku yang cengkung. Aku tersengih-sengih. Semua mata menumpu kepada gelagat aku yang selayaknya diberi makan selipar jepun sekejap lagi.
"Maaf." Perkataan itu aku tujukan kepada Amri, Aiman dan Razzlan dan juga lain-lainnya yang sedang sibuk berlatih.
dengan pisau pemotong daging nibiar kulit berparut kekalbiar tulang bercalar balardengan pisau pemotong daging niaku bukan nak penggal atau sembelihaku hanya mahu menghiris!
4 comments:
bersiri ke??
royalti...royalti..
kekerapan update?
kekerapan?... insya allah
akan diusahakan sekurang-kurangnya seminggu sekali .. bergantung kepada motivasi juga hehe
update la selalu..
nk bace..
hihi..
Post a Comment